Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma Playstation Plus Bulan Jun 2018 Diumumkan – Menyertakan XCOM 2 Dan Trials Fusion

Permainan Percuma Playstation Plus Bulan Jun 2018 Diumumkan – Menyertakan XCOM 2 Dan Trials Fusion

Diterbitkan pada Mei 31, 2018 oleh .

Bagi para pelanggan Playstation Plus, salah satu penawaran menarik melaluinya adalah permainan percuma untuk dimuat-turun setiap bulan. Terkini, untuk bulan Jun 2018 ini, Sony telah mengumumkan sebanyak enam permainan yang ditawarkan untuk para pengguna.

Bermula 7 Jun sehingga 4 Julai 2018 ini, pengguna Playstation Plus bakal mendapat permainan tersebut :

  • XCOM 2 ( PS4)
  • Trials Fusion (PS4)
  • Q*bert: Rebooted (PS4, PS3 & PSVita)
  • Vostok Inc (PS4 & PSVita)
  • Psycho-Pass Mandatory Happiness (PSVita)
  • Tom Clancy’s Ghost Recon: Future Soldier (PS3)

Bagi anda yang mempunyai langganan PlayStation Plus, anda boleh memuat-turun permainan ini bermula daripada 7 Jun sehingga 4 Julai. Bagi mereka yang masih belum memuat-turun permainan percuma untuk bulan Mei, anda masih boleh membuat sedemikian sehingga 6 Jun ini.

Selain daripada itu, Sony juga akan menyertakan sebilangan avatar tambahan bersama dua tema Freestyle Football dan Hari Raya Aidilfitri sempena bulan Syawal kelak.

Tampaknya bulan ini Sony menyertakan pelbagai permainan buat pelanggan Playstation Plus, mungkin ini juga adalah pernambahan berbanding nilai permainan yang kita dapati bulan lepas.

Permainan Percuma PSPlus: Jun 2018


TIPS & ULASAN