Pokemon Quest Kini Boleh Dimuat-Turun Untuk iOS Dan Android

Pokemon Quest merupakan permainan terbaru untuk siri permainan Pokemon yang diumumkan oleh The Pokemon Company semasa acara khas mereka pada 30 Mei lepas.

Selepas membuka pra-daftar pada 20 Jun lepas, kini permua ini boleh dimuat-turun secara global untuk iOS dan juga Android. Pokemon Quest untuk Switch berjaya mendapat sambutan dengan mendapat 2 juta jumlah muat turun selepas 2 hari dikeluarkan.

Kami sudah mencuba permainan ini untuk Switch dan anda boleh membacanya pandang pertama kami, untuk yang sudah bermain permainan ini di Switch setakat ini kami tidak jumpa cara untuk menyambungkan permainan ini di Switch dan permua. Mungkin fungsi ini tidak disediakan oleh The Pokemon Company.

iOS: Pokemon Quest

Android: Pokemon Quest

Sohor Kini