Skip to main content

Acara khas Pokemon kini sedang berlansung di Jepun dan mengikut laporan mereka bakal mengumumkan tiga permainan terbaru dari siri permainan Pokemon.

Permainan pertama yang diumumkan adalah Pokemon Quest untuk Nintendo Switch dan juga permua. Permainan ini adalah percuma untuk dimuat turun tetapi kemungkinan memerlukan bayaran untuk permainan penuh seperti permua Super Mario Run.

Melalui Pokemon Quest pemain akan menjadi Trainers untuk mengembara mencari Pokemon dan bertempur seperti mana permainan Pokemon yang lain.

Setiap pemain dibenarkan untuk mempunyai tiga Pokemon dan mereka boleh mengubah kriteria untuk Pokemon anda. Pokemon Quest kini boleh dimuat turun melalui eShop (US). Kami akan kemaskini apabila menerima maklumat lanjut.

Leave a Reply