Informasi Permainan Video Terkini
The Awesome Adventures Of Captain Spirit Diumumkan – Menempatkan Di Dunia Life Is Strange

The Awesome Adventures Of Captain Spirit Diumumkan – Menempatkan Di Dunia Life Is Strange

Diterbitkan pada June 11, 2018 oleh .

Ketika acara persidangan Xbox yang berlangsung hari ini, DONTNOD Entertainment dan Square-Enix mengumumkan permainan baru yang bertempatkan di dalam dunia Life Is Strange, iaitu The Awesome Adventures Of Captain Spirit yang mana ia dirancang untuk dilancarkan pada 26 Jun ini.

Menurut DONTNOD Entertainment, walaupun permainan tersebut menempatkan di dalam dunia Life Is Strange, permainan ini akan memfokuskan penceritaannya sendiri dengan watak baru bernama, Chris, seorang kanak-kanak yang berusia 10 tahun.

Mereka juga menyatakan bahawa permainan ini akan menempatkan pemain untuk Life Is Strange 2, sekaligus mungkin juga watak Chris ini akan memainkan peranan penting untuk sekuel Life Is Strange kelak.

Menariknya juga, The Awesome Adventures Of Captain Spirit akan dilancarkan secara percuma di Playstation 4, Xbox One dan PC pada 26 Jun ini.


TIPS & ULASAN