Kingdom Come: Deliverance dikeluarkan pada 13 Februari lepas dan selepas pelbagai masalah seperti yang kami perkatakan di dalam ulasan kami, permainan ini menerima pelbagai kemaskini yang menjadikan keseluruhan permainan lebih baik.

Minggu ini permainan ini turut menerima kemaskini yang menambah tahap kesukaran yang baharu. Tahap tersebut adalah mod Hardcore yang menjadikan permainan ini lebih sukar.

Melalui mod ini ada pelbagai perubahan yang dilakukan untuk permainan ini, antaranya adalah

  • Penunjuk arah (utara, selatan, timur dan barat) tidak akan diperlihatkan akan tetapi pemain harus memerhati matahari untuk menentukannya
  • Kedudukan tempat misi hanya akan diperlihatkan jika sudah berhampiran
  • Pemain tidak boleh menggunakan fungsi Fast Travel
  • Pertempuran akan menjadi lebih sukar

Selain itu pemain juga harus memilih dua perks negatif yang akan lebih menyukarkan keseluruhan permainan. Kami tidak pasti jika mod ini akan lebih menyeronokkan permainan ini kerana dengan kesukaran sekarang pun sudah menyusahkan.

Warhorse Studios turut berkongsi trailer baharu untuk DLC From The Ashes akan akan tiba pada bulan hadapan. DLC berbayar ini selain menambah penceritaan turut menambah mod permainan lain iaitu membina bandar/pekan anda sendiri.

DLC ini merupakan DLC pertama daripada 4 yang diumumkan oleh Warhorse Studios untuk permainan ini. Permainan ini sudah dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini