Kingdom Come: Deliverance dikeluarkan pada 13 Februari lepas dan pada awalnya permainan ini mempunyai pelbagai masalah dari segi teknikal dan grafik akan tetapi masih satu permainan yang baik seperti yang diperkatakan di dalam ulasan kami.

Selepas beberapa bulan memfokuskan penambah-baikkan permainan ini dan ketika kami mencubanya banyak peningkatan yang dilakukan, kini Warhorse mengumumkan perancangan mereka untuk menambah kandungan.

Mereka merancang untuk mengeluarkan 4 DLC penceritaan berbayar dari tahun ini sehingga tahun 2019 iaitu From The Ashes, The Amorous Adventures of Bold Sir Hans Capon, Band of Bastards, A Woman’s Lot. DLC pertama adalah From The Ashes yang akan dikeluarkan pada suku ketiga 2018. Manakala DLC terakhir A Woman’s Lot dijangkakan keluar pada awal tahun 2019. Maklumat lanjut akan dikongsikan kemudian.

Selain itu, mereka juga mengumumkan penambahan secara percuma iaitu mod kesukaran Hardcore, mod Tournamet dan menyokong mod dari pihak ketiga. Mereka juga akan mengeluarkan dua video khas iaitu The Making Of dan Combat Academy yang akan diberikan secara percuma untuk yang memberi sumbangan semasa Kickstarter.

Maklumat lanjut mungkin akan dikongsikan semasa E3 nanti. Kami sudah semestinya tidak sabar untuk kembali ke permainan ini.

Sohor Kini