Sebelum ini, kami melaporkan bahawa permainan Hellblade: Senua’s Sacrifice mencapai hasil jualan sebanyak 500,000 unit dalam tempoh masa 3 bulan dan mana kini, Ninja Theory, pembangun permainan tersebut mengumumkan bahawa ianya mencapai 1 juta unit hasil jualan.

Ini sememangnya satu kejayaan yang besar memandangkan studio pembangun Ninja Theory bukanlah satu studio pembangun yang berkelas tinggi. Walaubagaimana pun, pada acara E3 2018 lepas, studio pembangun tersebut telahpun berada di bawah naungan Microsoft.

Hellblade: Senua’s Sacrifice adalah permainan sinematik psikologi seram aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Ninja Theory.  Permainan ini dilancarkan pada tahun lepas di Playstation 4 dan PC. Pada April lepas juga, permainan tersebut tiba secara rasmi di konsol Xbox One.

Menariknya, bersempena dengan pengumuman tersebut, mereka juga menyatakan bahawa permainan tersebut kini ditawarkan dengan harga yang murah melalui promosi jualan musim panas Steam yang mana anda boleh dapatkannya dengan harga RM33.60 berbanding harga asalnya RM56.

Promosi Steam: Hellblade: Senua’s Sacrifice

Sohor Kini