5 Studio Pembangun Permainan Kini Di Bawah Naungan Microsoft

Ketika acara persidangan Xbox hari ini, Phil Spencer iaitu presiden eskutif buat bahagian Xbox di Microsoft mengumumkan bahawa 5 studio pembangun permainan kini di bawah naungan Microsoft.

5 Studio tersebut adalah Playground Games, iaitu pembangun Forza Horizon. Ninja Theory, iaitu mereka terkenal dengan permainan Hellblade: Senua’s Sacrifice. Undead Labs, pembangun buat permainan State Of Decay dan Compulsion Games iaitu pembangun bagi permainan We Happy Few.

Selain itu, Microsoft juga mengumumkan studio pembangun yang baru iaitu The Initiative yang mana ia diketua oleh Darell Gallagher iaitu bekas pembangun siri Tomb Raider.

Pengumuman ini sekaligus menunjukkan bahawa Microsoft komited untuk sentiasa membawa permainan video esklusif di Xbox dimana kesemua pembangun tersenarai sememangnya pembangun permainan video yang hebat dan telahpun melancarkan pelbagai jenis permainan video yang ternama.

Tindakan ini juga merupakan pelaburan Microsoft untuk membawa pelbagai permainan pihak pertama di Xbox pada masa akan datang dan kami di Aksiz percaya Microsoft pasti akan mengejutkan kita dengan pelbagai permainan oleh mereka kelak.

Sohor Kini