Minggu ini, pembangun permainan Hellblade: Senua’s Sacrifice mengumumkan bahawa mereka telah menjual permainan tersebut sebanyak 500,000 salinan dengan hanya tempoh masa 3 bulan. Di dalam video diari pembangunan Ninja Theory, mereka juga berkongsi jumlah hasil jualan melebihi $13 juta.
Dengan hanya mempunyai pasukan pembangun permainan seramai 20 pembangun sahaja, mereka berjaya menghasilkan permainan tersebut dengan tempoh masa 3 tahun. Ninja Theory juga menyatakan bahawa mereka sangat teruja dengan sokongan peminat terutamanya berkenaan kandungan permainan tersebut yang memfokuskan kesihatan mental.
Kejayaan ini juga merupakan satu kebanggaan bagi mereka kerana mereka meramalkan bahawa mereka akan memecah keuntungan bagi permainan tersebut dengan tempoh masa 6 bulan, namun permainan tersebut hanya mengambil masa 3 bulan sahaja untuk memecah keuntungan syarikat tersebut.
Kami di Aksiz juga ingin mengucapkan tahniah kepada Ninja Theory atas kejayaan mereka. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, Hellblade: Senua’s Sacrifice telah dilancarkan di PC melalui Steam dan juga Playstation 4 secara digital. Anda boleh melayari laman kedai atas-talian dibawah untuk membelinya dengan harga RM128 bagi versi Playstation 4 manakala RM56 bagi versi PC.
[info] Steam : Hellblade: Senua’s Sacrifice [/info] [info] PSN : Hellblade: Senua’s Sacrifice [/info]