Sebelum ini, kami melaporkan bahawa permainan Dragon Ball FighterZ versi Switch akan dilancarkan pada 27 September buat pasaran Jepun, kini Bandai Namco akhirnya mengumum versi global yang mana ia akan dilancarkan esoknya, iaitu pada 28 September.
Prepare to take your fights on the go with DRAGON BALL FighterZ on the #NintendoSwitch arriving Sept. 28th! Pre-order today to get Super Butoden + early access to SSGSS Goku & Vegeta!
Switch FighterZ are you ready to hand out Ls? Click here to pre-order https://t.co/qBSpAZa7qh pic.twitter.com/mv6xPBRDMy
— Bandai Namco US (@BandaiNamcoUS) June 21, 2018
Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, bagi mereka yang membuat pra-tempahan permainan tersebut, Bandai Namco akan menyertakan permainan klasik Famicom Dragon Ball Z Super Butoden yang dilancarkan pada tahun 1993 lepas. Selain itu, Bandai Namco juga akan menyertakan akses awal kepada watak Son Goku dan Vegeta (SSGSS)
Bagi anda yang berminat untuk membuat pra-tempahan, anda boleh melayari laman ini ataupun menempahnya melalui pengedar rasmi Nintendo.
Dragon Ball FighterZ sudah pun dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC pada 26 Januari 2018 dan kami sangat menyukainya. Anda boleh membaca ulasan kami melalui pautan ini.