Informasi Permainan Video Terkini
Dragon Ball FighterZ Untuk Switch Akan Dikeluarkan Pada 27 September 2018 Di Jepun

Dragon Ball FighterZ Untuk Switch Akan Dikeluarkan Pada 27 September 2018 Di Jepun

Diterbitkan pada June 19, 2018 oleh .

Semasa persidangan E3, Nintendo memperlihatkan beberapa permainan dari pihak ketiga yang akan dikeluarkan untuk Switch antaranya adalah Dragon Ball FigtherZ, akan tetapi video yang diperlihatkan hanya mengatakan permainan tersebut akan dikeluarkan pada tahun ini.

Berdasarkan perkongsian oleh Ryokutya2089 yang mendapat akses awal untuk majalah permainan video di Jepun (diterjemah oleh Nintendo Soup), permainan ini untuk Switch akan dikeluarkan pada 27 September 2018 di Jepun.

Mengikut tarikh pengeluaran untuk platform lain, permainan ini dikeluarkan terlebih dahulu secara global berbanding di Jepun jadi kami menjangkakan  versi Switch akan dikeluarkan secara serentak untuk pasaran global jika tidak lebih awal.

Menurut perkongsian itu lagi, permainan ini berharga 6800 yen di Jepun termasuk cukai 8% (RM247), setiap pembelian juga akan disertakan kod untuk muat turun Dragon Ball Z:Super Butoden dan akses awal kepada watak Son Goku dan Vegeta (SSGSS) beserta kad SR yang boleh digunakan di Super Dragon Ball Heroes.

Buat masa ini tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Bandai Namco. Dragon Ball FighterZ sudah dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC pada 26 Januari 2018 dan kami sangat menyukainya. Anda boleh membaca ulasan kami melalui pautan ini.


TIPS & ULASAN