Hari ini, Nintendo mengeluarkan satu iklan buat permainan Minecraft yang mana mereka berkolaborasi bersama Microsoft untuk mengiklan bentuk permainan Minecraft yang menyokong rentas-platform antara konsol Microsoft dan Nintendo.
Melalui video tersebut, mereka mempertontonkan gelagat dua pemain yang sedan bermain permainan Minecraft di konsol yang berbeza iaitu di Xbox One dan di Nintendo Switch, namun menyokong bentuk multi-pemain secara bersama melalui rentas-platform.
Sekaligus, iklan ini sememangnya pihak Nintendo dan Microsoft mengejek Sony yang mana mereka menghalang untuk pemain bermain bersama-sama pemain konsol lain seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini.
Video ini juga adalah trailer pelancaran bagi permainan Minecraft bagi konsol Switch yang secara rasminya tiba hari ini.
Hey @Xbox, since we can play together in @Minecraft now, did you want to build something? pic.twitter.com/LIylWy3yXZ
— Nintendo of America (@NintendoAmerica) June 21, 2018
Nintendo juga mengeluarkan tweet berkenaan rentas-platform tersebut sememangnya satu lagi adalah satu ejekkan terhadap pihak Sony.