Pokemon Quest Akan Tiba Untuk iOS Dan Android Pada 28 Jun 2018

Semasa acara khas Pokemon pada 30 Mei lepas, The Pokemon Company mengumumkan Pokemon Quest untuk Switch dan permua akan tetapi pada hari tersebut hanya versi Switch yang dikeluarkan.

Hari ini mereka mengumumkan yang Pokemon Quest versi permua untuk iOS dan Android akan tiba pada 28 Jun 2018. Pokemon Quest untuk Switch berjaya mendapat sambutan dengan mendapat 2 juta jumlah muat turun selepas 2 hari dikeluarkan.

Disebabkan ini adalah permainan Pokemon dan percuma, kami menjangkakan jumlah yang lebih tinggi untuk permua berbanding versi Switch. Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai permainan ini, kami ada menulis pandang pertama yang anda boleh baca melalui pautan ini.

Bermula hari ini anda boleh pra-daftar minat anda untuk memastikan permainan ini dimuat turun ke peranti anda apabila dikeluarkan nanti. Anda boleh melakukannya menggunakan pautan di bawah.

iOS: Pokemon Quest

Android: Pokemon Quest

Sohor Kini