Informasi Permainan Video Terkini
Valkyria Chronicles 4 Akan Dilancarkan Pada September Ini

Valkyria Chronicles 4 Akan Dilancarkan Pada September Ini

Diterbitkan pada June 20, 2018 oleh .

Sebelum ini, SEGA mengumumkan bahawa permainan Valkyria Chronicles 4 akan dilancarkan buat konsol Playstation 4, Xbox One dan Switch. Kini, SEGA akhir berkongsi tarikh pelancaran permainan tersebut secara global iaitu pada 25 September 2018.

Valkyria Chronicles merupakan permainan strategi taktikal RPG yang dilancarkan di Playstation 3 pada 2008 lepas. Sekuel permainan tersebut, Valkyria Chronicles II dan III kemudiannya dilancarkan di Playstation Portable pada 2010 dan 2011. Pada Jun lepas, Valkyria Revolution dilancarkan di Playstation 4 dan Playstation Vita dimana ia merupakan permainan sampingan dari siri Valkyria Chronicles yang mana ia memfokuskan bentuk permainan aksi pengembaraan.

Kini, Valkriya Chronicles akhirnya bakal kembali ke konsol utama dengan siri yang ke-empat dimana ia memfokuskan jangka masa penceritaan yang sama bagi siri Valkyria Chronicles sebelum ini dengan pelbagai watak-watak baru.

SEGA juga mengumumkan edisi pelancaran yang mana buat mereka yang membuat pra-tempahan untuk edisi fizikal permainan tersebut, SEGA akan menyertakan pelekat alat kawalan khas untuk setiap satu pilihan alat kawalan konsol permainan.

Sebelum ini SEGA juga mengumumkan edisi terhad permainan tersebut yang menyertakan pelbagai kandungan tambahan termasuklah figura kereta kebal terhad.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Valkyria Chronicles 4 , anda boleh berbuat demikian bermula September ini di Playstation 4, Xbox One dan Switch.


TIPS & ULASAN