Sega hari ini akhirnya mengumumkan permainan Valkyria Chronicles 4 akan tiba secara global pada 2018 ini buat konsol Playstation 4, Xbox One dan Switch. Menurut Sega, permainan tersebut bakal tiba di pasaran Jepun pada 21 Mac 2018 ini. Sega masih belum mengumumkan tarikh pelancaran bagi pasaran global, namun ia bakal tiba pada tahun yang sama.
Valkyria Chronicles merupakan permainan strategi taktikal RPG yang dilancarkan di Playstation 3 pada 2008 lepas. Sekuel permainan tersebut, Valkyria Chronicles II dan III kemudiannya dilancarkan di Playstation Portable pada 2010 dan 2011. Pada Jun lepas, Valkyria Revolution dilancarkan di Playstation 4 dan Playstation Vita dimana ia merupakan permainan spin-off dari siri Valkyria Chronicles yang mana ia memfokuskan bentuk permainan aksi pengembaraan.
Kini, Valkriya Chronicles akhirnya bakal kembali ke konsol utama dengan siri yang ke-empat dimana ia memfokuskan jangka masa penceritaan yang sama bagi siri Valkyria Chronicles sebelum ini dengan pelbagai watak-watak baru.
Sega juga mengumumkan bentuk sistem pertempuran “BLiTZ”. yang baru bagi permainan ini dimana terdapat kelas baru bagi permainan tersebut termasuklah kelengkapan baru dan fungsi “Last Stand” bagi permainan sebelum kematian watak.
Ketika artikel ini ditulis, Sega masih belum mengumumkan lagi sebarang tarikh pelancaran edisi global bagi permainan tersebut. Namun bagi pasaran Jepun, ia bakal tiba pada 21 Mac 2018 ini khas buat Playstation 4, Xbox One dan Switch.