Informasi Permainan Video Terkini
SEGA Mengumumkan Edisi Terhad Valkyria Chronicles 4 – Menyertakan Figura Kereta Kebal

SEGA Mengumumkan Edisi Terhad Valkyria Chronicles 4 – Menyertakan Figura Kereta Kebal

Diterbitkan pada Mei 25, 2018 oleh .

Sebelum ini, SEGA mengumumkan bahawa permainan Valkyria Chronicles 4 akan dilancarkan buat konsol Playstation 4, Xbox One dan Switch. Kini, SEGA mempertontonkan trailer terbaru buat permainan tersebut yang memaparkan watak-watak skuad E bersama edisi terhad, Memoirs From Battle.

Melalui video diatas, SEGA berkongsi watak-watak yang terdapat di dalam skuad E dimana antaranya adalah Claude Wallace, komander skuad tersebut bersama ahli-ahli lain iaitu Riley Miller, Raz, Kai Schulen, Minerva Victor, Karen Stuart dan Ragnarok.

Manakala bagi edisi terhad Memoirs From Battle yang diumumkan pula akan menyertakan:

  • Figura esklusif kereta kebal Hafen
  • Buku karya seni Claude’s Travel Journal
  • Dua DLC pernambahan permainan
  • Kotak khas edisi terhad

Valkyria Chronicles 4 merupakan permainan strategi taktikal RPG yang dibangunkan oleh SEGA. Permainan ini merupakan siri ke-4 buat permainan tersebut yang mana ia dirancang untuk dilancarkan pada musim luruh tahun ini, iaitu antara September sehinggalah Disember ini.


TIPS & ULASAN