Informasi Permainan Video Terkini
Watak Dari Death Note Tidak Boleh Digunakan Di Dalam Jump Force
PC

Watak Dari Death Note Tidak Boleh Digunakan Di Dalam Jump Force

Diterbitkan pada June 20, 2018 oleh .

Semasa trailer acah untuk Jump Force dipertontonkan di persidangan Xbox, kami sangat teruja dengan permainan ini terutama kerana akan mempunyai pelbagai watak dari manga terbitan Jump.

Watak yang paling mengejutkan kami adalah Light Yagami dan Ryuk dari manga Death Note. Semasa kami menonton trailer tersebut kami merasakan Light Yagami dan Ryuk akan menjadi satu watak yang kuat kerana mereka hanya memerlukan nama untuk membunuh mana-mana watak. Tambahan Light Yagami bukanlah watak yang banyak bertempur sebaliknya hanya menggunakan kebijaksanaan beliau.

Penerbit permainan ini Koji Nakajima minggu ini mengatakan kedua watak tersebut akan hanya memainkan peranan di dalam penceritaan sahaja dan tidak boleh digunakan oleh pemain. Menurut beliau watak Light dan Ryuk akan menjadi terlalu kuat.

Itu merupakan keputusan yang masuk akal. Tambahan watak Light Yagami terutamanya bukanlah watak yang banyak bertempur, sebaliknya menggunakan kebijaksanaan beliau untuk melawan L.

Bandai Namco sebelum ini berkongsi bentuk permainan untuk Jump Force, anda boleh menontonnya di atas. Permainan ini akan dilancarkan pada tahun 2019 ini buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN