Skip to main content

Terdapat sejumlah watak anime popular dan dikenali ramai di seluruh dunia, dan semestinya ada peminat yang ingin mengetahui siapakah yang lebih hebat antara satu sama lain. Kini, bersempena dengan E3 2018, pihak Bandai Namco mengambil peluang untuk memperlihatkan permainan akan datang mereka, iaitu Jump Force.

Permainan Jump Force memfokuskan corak permainan berbentuk pertarungan, dimana anda boleh memilih sebarang watak daripada manga yang diterbitkan Weekly Jump di Jepun sekitar 50 tahun lepas. Watak ini termasuk daripada manga popular seperti Dragon Ball Z, One Piece, Naruto, Death Note dan sebagainya.

https://www.youtube.com/watch?v=zKg3cGVNVvo

Selain watak, pemain turut boleh memilih lokasi popular seperti Time Square, Matterhorn dan sebagainya. Seterusnya, anda boleh bertarung, dan menentukan siapakah yang lebih hebat antara satu sama lain.

Info penuh mengenainya masih tidak dikongsikan lagi. Permainan Jump Force ini disasarkan untuk dilancarkan sekitar 2019 kelak.

Leave a Reply