Skip to main content

Bandai Namco akhirnya berkongsi bentuk permainan bagi permainan Jump Force yang diumumkan ketika persidangan Xbox baru-baru ini.

Melaluinya, Bandai Namco memperlihatkan enam watak dari siri anime terkenal iaitu Monkey D. Luffy dan Zoro dari One Piece, manakala Goku dan Frieza dari Dragonball dan akhir sekali Naruto dan Sasuke dari siri anime Naruto.

Dari segi bentuk permainan pula, permainan ini tampaknya memfokuskan bentuk pertemuran secara tiga dimensi. Dari segi pemilihan watak pula, ia kelihatan seakan memfokuskan bentuk pertempuran secara satu lawan satu dengan berpasukan.

Terdapat 3 jumlah watak yang boleh digunakan buat satu pasukan dan pemain tampaknya boleh menukar-nukar ketika sesi permainan untuk bertempur.

Dari segi peta kawasan juga, setiap sesi pertempuran pemain berpeluang untuk memindah ke kawasan yang baru berdasarkan jenis serangan atau lantunan yang dilaku oleh pemain.

Sememangnya bentuk permainan seperti ini bukanlah asing dari Bandai Namco sendiri, memandangkan kebanyakkan permainan mereka mempunyai bentuk pertempuran secara tiga dimensi. Akan tetapi, Jump Force sememangnya akan menjadi satu permainan menarik disebabkan ia mempunyai watak-watak dari siri anime terkenal seperti Dragonball, Naruto, One Piece dan juga Death Note.

Seperti biasa, buat masa ini tidak banyak lagi informasi yang dikongsikan dan mungkin pada masa akan datang, Bandai Namco akan mengumumkan sejumlah lagi watak-watak anime yang baru bakal tiba buat permainan tersebut. Kami sendiri berminat untuk menggunakan watak Gintama dan bertempur dengan Yagami Light. Selain daripada watak yang diumum, apakah watak anime lain yang anda harap berada di dalam permainan ini?

Menurut Bandai Namco, Jump Force akan dilancarkan pada tahun 2019 ini buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply