Skip to main content

Lanjutan daripada laporan kami sebelum ini mengenai World Health Organization (WHO) ingin menjadikan ketagihan permainan video sebagai penyakit mental akhirnya disahkan dan akan disertakan di dalam ICD-11 walaupun menerima pelbagai kritikan termasuk juga dari Entertainment Software Association (ESA).

International Classification of Diseases ataupun ICD merupakan senarai penyakit yang dikeluarkan oleh WHO. Walaupun ICD-11 sudah dikeluarkan akan tetapi ia akan mengambil beberapa tahun sebelum setiap negara akan mengambil langkah yang diperlukan. Sebagai contoh ICD-10 dikeluarkan pada tahun 1990, ada negara yang hanya menggunanya pada tahun 2015.

Menurut WHO, terdapat tiga petanda seseorang itu mempunyai penyakit ini adalah apabila mereka:

  1. Hilang daya kawalan bermain permainan video
  2. Mementingkan permainan video, walaupun terdapat banyak lagi kerja/perkara harian yang lepih penting.
  3. Meneruskan atau meningkatkan lagi bermain permainan video walaupun sedar ia akan membawa kesan negatif.

Menurut WHO, penyakit ini adalah sama seperti ketagihan terhadap perjudian. Tidak kira bermain permainan video secara dalam atau luar talian. Secara klinikal juga, penyakit yang menyebabkan ketagihan ini berkait dengan kesulitan fungsi diri yang mengakibatkan seseorang itu melakukan sesuatu secara berulang.

Selain itu, kadar seseorang yang menghidap penyakit ini adalah sangat rendah. Di dunia ini terdapat ramai “kaki game” sehingga ada yang kerjayanya adalah sebagai seorang gamer dan individu seperti ini tidak dikelaskan sebagai individu yang mempunyai ketagihan terhadap permainan video.

Artikel ini telah diterbitkan terlebih dahulu di Amanz.

Leave a Reply