Lanjutan daripada kenyataan World Health Organization (WHO) berkenaan gangguan mental akibat permainan video beberapa minggu lepas, terkini Entertainment Software Association (ESA) mengkritik kenyataan tersebut dengan menyatakan pihak WHO meremehkan penyakit gangguan mental sebenar seperti kemurungan dan gangguan mental sosial.

ESA juga menyatakan bahawa seperti peminat sukan mahupun pengguna lain yang terlibat dalam sebarang media hiburan sememangnya bersemangat dan berdedikasi meluangkan masa mereka terhadap media tersebut. Menurut mereka juga, terdapat lebih dari 2 bilion pengguna seluruh dunia yang bermain permainan video dan pihak WHO semestinya mengetahui bahawa hasil daripada penyelidikan, permainan video bukanlah sesuatu yang menagihkan.

Dengan meletakkan label tersebut terhadap sebilangan pengguna merupakan tindakan yang melulukan dan juga remeh terhadap gangguan mental yang sebenar seperti kemurungan atau masalah mental sosial yang mana gangguan tersebut layak menerima rawatan dan perhatian yang lebih buat komuniti perubatan. ESA sememangnya menentang kenyataan WHO tersebut.

Namun begitu, kenyataan WHO juga masih belum disahkan secara rasmi. Dimana pengumuman mereka sebelum ini hanyalah tercatat di dalam draf klasifikasi penyakit buat tahun 2018, dimana perkara tersebut akan dirasmikan menjelang pertengahan 2018 ini.

Sohor Kini