Informasi Permainan Video Terkini
Ketagihan Permainan Video Kini Disahkan Sebagai Penyakit Mental Oleh WHO

Ketagihan Permainan Video Kini Disahkan Sebagai Penyakit Mental Oleh WHO

Diterbitkan pada Dis 26, 2017 oleh .

World Health Organization ataupun dikenali sebagai WHO kini mengesahkan bahawa sebarang gangguan atau kecelaruan berkenaan permainan video kini disahkan sebagai satu penyakit mental. Penyakit ini disahkan apabila seseorang itu mengalami sebarang corak yang berterusan ataupun berulang bagi ketagihan permainan video.

Menurut laporan Digital Trends, WHO menyertakan gangguan permainan video tersebut di dalam draf rasmi klasifikasi penyakit. WHO juga menyatakan bahawa bagi mereka yang mengalami gangguan tersebut yang mana mereka tidak boleh mengawal diri ketika bermain permainan video seperti kekerapan, jangka masa dan tabiat ketika bermain permainan video akan menyebab penderitaan dari segi mental.

Dengan meklasifikasi ketagihan permainan video sebagai satu penyakit mental, ini juga bermakna doktor berupaya untuk mendiagnosis pesakit dengan penyakit mental tersebut sekaligus syarikat insurans juga mungkin perlu mengembangkan jaminan bagi penyakit tersebut.

Namun begitu, ketagihan permainan video ini sememangnya bukanlah sesuatu yang baru, tambahan apabila ia melibatkan pelbagai bentuk gangguan mental seperti isu perjudian yang berkaitan kotak tikam (Lootbox) baru-baru ini, gangguan mental yang disebabkan oleh permainan video sememangnya tidak boleh dipandang dengan sebelah mata.