Jika sebelum ini kami melaporkan pelbagai kes saman mengenai permainan battle royale akan tetapi kebanyakan terhad kepada permua dan bukan untuk permainan versi PC.
Minggu ini pembangun PUBG, PUBG Corp memfailkan saman ke atas Epic Games iaitu pembangun Fortnite bagi meminta mahkamah membuat keputusan jika Fortnite melanggar sebarang hak cipta PUBG.
Menurut PUBG Corp, mereka memfailkan saman tersebut pada Januari lepas lagi di mahkamah Seoul di Korea. Sebelum ini PUBG Corp mengatakan yang UI, teknik permainan untuk Fortnite mempunyai kesamaan dengan PUBG.
Walaupun saman ini difailkan di Korea akan tetapi keputusan ini mungkin akan mempengaruhi keputusan di negara-negara lain. Menurut Gamespot, buat masa ini Epic Games tidak memberi sebarang kenyataan mengenai perkara ini.