Skip to main content

Pada Mei lepas, PUBG Corp mengeluarkan satu kemaskini utama yang antaranya menambah sistem pemilihan peta. PUBG setakat ini mempunyai dua peta iaitu Erangel dan Miramar dan pemain boleh memilih peta yang mereka lebih inginkan.

Peta ketiga iaitu Sanhok diumumkan akan tiba pada 22 Jun nanti dan berdasarkan penulisan di Steam, PUBG Corp mengatakan semasa kemaskini untuk menambah peta tersebut tiba, sistem pemilihan peta turut akan ditukar.

Jika sebelum ini pemain boleh memilih mana-mana peta, apabila Sanhok dikeluarkan nanti pemain hanya boleh memilih antara dua pilihan. Pilihan pertama untuk peta Sanhok sahaja manakala pilihan kedua gabungan peta Erangel dan Miramar.

Menurut mereka keputusan ini diambil disebabkan untuk mengurangkan masalah pemain menunggu masa yang lama untuk mempunyai jumlah pemain yang mencukupi bagi memulakan pertempuran. Apabila peta lain dikeluarkan nanti, mereka mengatakan akan menambah kepada dua pilihan tersebut ataupun menggunakan sistem lain yang akan diumumkan kelak.

Sanhok merupakan peta yang lebih kecil dan dipanggil sebagai mini royale, menurut PUBG Corp apabila dikeluarkan nanti lebih ramai pemain yang akan memfokuskan peta baru tersebut. Apa pendapat anda? Adakah pemilihan peta sesuatu yang anda sering gunakan?

Leave a Reply