Informasi Permainan Video Terkini
PUBG Menerima Kemaskini Besar – Memilih Peta, Keseimbangan Senjata, Senjata dan Kenderaan Baru Ditambah
PC

PUBG Menerima Kemaskini Besar – Memilih Peta, Keseimbangan Senjata, Senjata dan Kenderaan Baru Ditambah

Diterbitkan pada Mei 3, 2018 oleh .

Jika anda merupakan pemilik permainan PUBG di PC anda semestinya menyedari hari ini PUBG perlu dikemaskini dengan kemaskini bersaiz 10.6gb. Ini merupakan kemaskini besar yang dipanggil PC1.0 Update 12.

Melalui kemaskini ini, PUBG membuat beberapa perubahan dan juga menambah kandungan baru untuk permainan ini. Selain menyelesaikan beberapa masalah dan meningkatkan kualiti peta Marima, berikut adalah antara perkara utama yang ditambah;

Pemilihan Peta – Sebelum ini kami melaporkan yang PUBG akan membenarkan untuk pemain memilih peta kegeraman mereka agak mereka sentiasa dapat bermain di peta tersebut, kebolehan ini akhirnya tiba melalui kemaskini ini.

Keseimbangan Senjata – PUBG juga mengatakan yang mereka akan melakukan keseimbangan senjata untuk memastikan tiada senjata yang terlalu hebat dan menjadikan pemain untuk menggunakan lebih banyak variasi senjata. Melalui kemaskini ini, keseimbangan senjata dilakukan seperti gambar di bawah dan untuk senarai penuh boleh merujuk kepada penulisan di Steam.

Penambahan Kandungan Baru – Melalui kemaskini ada juga penambahan kandungan baru seperti senjata, kenderaan dan juga attachments baru. Senarai penuh juga boleh dibaca di steam.

Adakah kemaskini ini berjaya menjadikan PUBG lebih menarik? Setakat ini kami masih tengah memuat turun kemaskini ini kerana saiznya adalah sangat besar.


TIPS & ULASAN