Skip to main content

PUBG Corp hari ini mengumumkan bahawa peta kawasan Sanhok akan dilancarkan buat permainan PUBG (PlayerUnknown’s Battlegrounds) pada 22 Jun ini bagi pengguna PC.

Manakala bagi pengguna Xbox One, PUBG Corp mengumumkan ketika acara persidangan Xbox bahawa mereka akan melancarkannya pada musim panas tahun ini iaitu antara bulan Jun sehingga September.

https://www.youtube.com/watch?v=4rG9noTfb4A

Menurut PUBG Corp, peta Sanhok merupakan peta yang lebih kecil dimana mereka menyatakan ia akan memberi cabaran yang lebih kepada pemain untuk bertempur dengan jarak pertempuran yang lebih dekat.

Selain itu, ketika acara persidangan yang sama, PUBG Corp juga memperacahkan peta baru buat permainan tersebut yang mana menurut mereka, ia bakal tiba pada musim sejuk 2018 ini iaitu antara bulan Disember sehingga Mac ini. Seperti masa pelancarannya, peta tersebut memaparkan bentuk kawasan bersalji buat pertama kalinya untuk pemain PUBG.

Seperti kami akan berkongsinya apabila ia diumumkan secara rasmi kelak.

Leave a Reply