Stranger Things merupakan salah satu siri televisyen yang popular di Netflix, dan musim keduanya bakal ditawarkan pada bulan ini di Netflix. Kini, bersempena dengannya, pihak Netflix turut telah menerbitkan sebuah permua khusus dinamakan Stranger Things : The Game

Permua in ditawarkan untuk para pengguna iPhone dan peranti Android secara percuma.

Melalui Stranger Things : The Game, ia menawarkan bentuk permainan retro seumpama pada SNES. Pemain akan mengawal watak siri berkenaan, dan meneroka pelbagai kawasan persekitaran, termasuk menyelesaikan pelbagai misteri menggunakan kelebihan setiap watak.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permua ini secara percuma hari ini, dan memainkannya sementara menantikan musim kedua siri Stranger Things di Netflix.

Muat-Turun Stranger Things The Game untuk iPhone

Sohor Kini