Jika anda meminati drama siri Netflix Stranger Things, anda mungkin berminat untuk menikmati pengalaman seram siri tersebut melalui realiti-maya yang diperacahkan oleh Sony Interactive Entertainment minggu ini, iaitu Stranger Things: The VR Experience.

Namun, tak banyak informasi yang dikongsikan oleh Sony berkenaan permainan tersebut. Tetapi berdasarkan video acah yang dipertontonkan, permainan realiti-maya ini mungkin akan memfokuskan bentuk penceritaan daripada musim pertama Stranger Things berdasarkan dinding huruf yang dipertayangkan tersebut.

Dengan pelancaran musim kedua Stranger Things yang berlangsung minggu lepas di Netflix, anda mungkin berminat untuk menyelami dunia Stranger Things secara realiti-maya yang bakal tiba di Playstation VR kelak.

Sohor Kini