Informasi Permainan Video Terkini
Catherine: Full Body Versi Global Bakal Tiba 2019

Catherine: Full Body Versi Global Bakal Tiba 2019

Diterbitkan pada June 13, 2018 oleh .

Atlus hari ini berkongsi informasi baru berkenaan permainan Catherine: Full Body yang diumumkan sebelum ini dimana menurut Atlus, mereka akan melancarkan permainan tersebut secara global pada 2019.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Catherine: Full Body akan menyertakan Catherine ketiga dengan nama Rin, yang mana kini akan mengubah keseluruhan permainan tersebut. Atlus juga akan menyertakan sebilangan kandungan baru termasuklah adegan baru bersama pelbagai perubahan dari segi bentuk permainan bagi teka-teki permainan tersebut.

Catherine: Full Body merupakan permainan pernambah-baikkan daripada permainan asalnya yang dilancarkan di Playstation 3 dan Xbox 360 pada 2011 lepas. Kini melalui pengumuman terbaru ini, Atlus secara pastinya akan melancarkan permainan tersebut secara global menjelang 2019 ini.


TIPS & ULASAN