Informasi Permainan Video Terkini
Beta Terbuka The Crew 2 Diumumkan – Bermula 21 Sehingga 25 Jun
PC

Beta Terbuka The Crew 2 Diumumkan – Bermula 21 Sehingga 25 Jun

Diterbitkan pada June 12, 2018 oleh .

Bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan The Crew 2 dahulu sebelum membelinya apabila ia dilancarkan pada 29 Jun ini, Ubisoft hari ini mengumumkan bahawa beta terbuka permainan tersebut bakal bermula pada 21 sehingga 25 Jun ini.

Pengumuman tersebut dilakukan ketika acara persidangan Ubisoft yang berlangsung hari ini. Melaluinya, pemain berupaya untuk mencuba sebilangan kenderaan yang terdapat di dalam permainan tersebut bersama-sama bentuk permainnnya.

Menariknya, beta terbuka permainan tersebut kini sudah boleh dimuat-turun untuk memudahkan pihak pemain terus bermain apabila sesi beta terbuka permainan tersebut bermula. Untuk memuat-turunnya anda boleh ke pautan dibawah.

The Crew 2 merupakan permainan perlumbaan oleh Ubisoft yang mana ia memfokuskan perlumbaan bukan sahaja kenderaan darat, malah kenderaan air seperti bot dan juga udara iaitu kapal terbang. Permainan tersebut akan dilancarkan pada 29 Jun dimana sebelum ini, kami ada melaporkan versi-versi informasi tambahan berkenaan permainan tersebut di pautan ini. Bagi kandungan tambahan permainan, Ubisoft juga pernah berkongsinya sebelum ini melalui pautan ini.

Muat-Turun: Beta Terbuka The Crew 2 PS4

Muat-Turun: Beta Terbuka The Crew 2 PC

Muat-Turun: Beta Terbuka The Crew 2 Xbox One


TIPS & ULASAN