Ubisoft minggu ini berkongsi kandungan-kandungan tambahan yang bakal tiba buat permainan The Crew 2 dimana menurut mereka, akan terdapat pelbagai kandungan percuma dan juga kandungan pas musim.
https://www.youtube.com/watch?v=6piBnjhBiLg
Menurut Ubisoft, mereka akan melancarkan kemaskini kandungan percuma untuk setiap tiga bulan untuk meningkat pengalaman permainan buat pemain.
Kemaskini pertama adalah Gator Rush yang akan tiba pada September ini. Melalui mod ini, pemain berupaya untuk menggunakan kenderaan hoverkraf. Kemaskini tersebut juga akan menyertakan 5 kenderaan baru bersama kelengkapan buat pemain.
Kemaskini kedua pula akan dilancarkan pada Disember ini dan ia akan menyertakan mod pemain-lawan-pemain. Ubisoft juga menyatakan bahawa mereka akan melancarkan dua kenderaan baru setiap bulan.
Bagi pemilik pas musim The Crew 2 pula, pemain akan memperoleh 3 kenderaan esklusif ketika permainan tersebut dilancarkan iaitu kenderaan Porsche 911 Turbo 3.6, Supermarine Spitfire MK IX dan Ice Marine Bladerunner 35.
Selain itu, pemain juga berupaya untuk memperoleh akses awal seawal 7 hari bagi kenderaan percuma yang bakal tiba setiap bulan diatas dengan jumlah sebanyak 22 kenderaan. Selain dari diskaun 20 peratus untuk kedai di dalam permainan, pemain juga akan memperoleh lokasi rumah esklusif bersama dua kostum tambahan buat mereka yang membeli pas musim.
The Crew 2 merupakan permainan perlumbaan oleh Ubisoft yang mana ia memfokuskan perlumbaan bukan sahaja kenderaan darat, malah kenderaan air seperti bot dan juga udara iaitu kapal terbang. Permainan tersebut akan dilancarkan pada 29 Jun dimana sebelum ini, kami ada melaporkan versi-versi informasi tambahan berkenaan permainan tersebut di pautan ini.