Informasi Permainan Video Terkini
The Crew 2 Akan Dikeluarkan Pada 29 Jun 2018 Untuk Playstation 4, Xbox One dan PC
PC

The Crew 2 Akan Dikeluarkan Pada 29 Jun 2018 Untuk Playstation 4, Xbox One dan PC

Diterbitkan pada Mac 16, 2018 oleh .

Kami melaporkan sebelum ini The Crew 2 dijangkakan akan dikeluarkan pada 16 Mac 2018. Hari ini, Ubisoft mengumumkan The Crew 2 akan dikeluarkan beberapa bulan lebih lambat iaitu pada 29 Jun 2018 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

The Crew 2 merupakan permainan lumba kenderaan dunia terbuka dan juga lelaran kepada The Crew yang dikeluarkan pada tahun 2014. The Crew 2 membolehkan pemain menjelajah Amerika Syarikat yang direka semula untuk permainan ini. Pemain boleh menguji kepakaran mereka secara solo ataupun dengan rakan menggunakan pelbagai jenis kenderaan seperti kereta, motosikal, bot dan kapal terbang.

Ubisoft juga mengumumkan The Crew 2 Motor Edition yang membolehkan pemain bermain permainan ini 3 hari lebih awal. Selain daripada itu edisi ini juga mengandungi The Crew 2 Gold Edition dan pas semusim yang memberikan permainan lebih banyak kenderaan, pakaian dan penambahan kandungan yang lain seperti The Motosports Deluxe Pack. Pemain juga akan mendapat plat nombor kenderaan.

Pemain yang pra-tempah permainan ini akan mendapat The Crew 2 Legendary Motors Pack yang mengandungi kenderaan eksklusif seperti Mercedes AMG C 63 Touring Car 2016 dan HARLEY-DAVIDSON Iron 883 2017.

Untuk pemain yang memiliki The Crew, anda boleh menyelesaikan beberapa cabaran bulanan untuk mendapat 19 kenderaan yang boleh digunakan di dalam The Crew 2. Untuk maklumat lanjut mengenai ini anda boleh layari laman khas menggunakan pautan ini.

Berikut adalah harga untuk The Crew 2 berdasarkan Ubi Store. The Crew 2 €59.99 (RM289), The Crew 2 Deluxe Edition €69.99 (RM337), The Crew 2 Gold Edition €89.99 (RM434) dan The Crew 2 Motor Edition €99.99 (RM482).


TIPS & ULASAN