Sebelum ini, Ubisoft menyatakan sebilangan permainan yang bakal mereka pamerkan di E3 Jun ini yang mana salah satu daripada permainan tersebut adalah For Honor.
Kini melalui video terbaru di saluran rasmi Youtube Ubisoft, mereka berkongsi sebilangan pengalaman pembangun berkenaan permainan tersebut bersama memperacahkan kandungan baru yang bakal tiba buat permainan tersebut.
Sebelum ini, Ubisoft sentiasa mengeluarkan pelbagai kemaskini buat permainan tersebut yang mana baru-baru ini mereka melancarkan mod latihan dan sesi percubaan.
Menariknya, mereka juga berkongsi bahawa mereka sering berbincang dengan komuniti pemain dan pada masa yang sama mendapat maklum balas berkenaan permainan tersebut dari segi pernambah-baikkan dan sebagainya.
Walaupun permainan tersebut telahpun dilancarkan sejak tahun lepas, seperti permainan-permainan Ubisoft yang lain, mereka tampaknya akan sering membawa pelbagai kandungan baru dimana pada penghujung video di atas, pihak Ubisoft menyatakan bahawa mereka akan mengumukan kejutan ketika acara E3 Jun ini.
Bagi anda yang masih lagi bermain For Honor, ini merupakan satu berita yang menarik dan sudah pastinya kami di Aksiz akan berkongsi sebarang informasi tambahan setelah Ubisoft mengumumkannya.