Informasi Permainan Video Terkini
Ubisoft Menawarkan For Honor Starter Edition Secara Percuma Untuk Tempoh Terhad
PC

Ubisoft Menawarkan For Honor Starter Edition Secara Percuma Untuk Tempoh Terhad

Diterbitkan pada June 12, 2018 oleh .

Ubisoft hari ini telah mengambil pentas utama E3 2018 dan berkongsi beberapa permainan baru mereka. Bersama-sama dengannya juga, Ubisoft turut membuat kejutan untuk para pemain dan telah mengumumkan penawaran For Honor secara percuma kepada para pemain PC.

For Honor Starter Edition ini ditawarkan secara percuma melalui Uplay sehingga 18 Jun 2018 kelak.

For Honor

Melalui Starter Edition ini, pemain akan menerima akses penuh untuk peta dan mod perlawanan secara menyeluruh, tetapi dihadkan dari segi pilihan adiwira. Seperti biasa, anda boleh membuat pembelian dalam-aplikasi untuk menerima akses untuk semua watak adiwira pada permainan berkenaan.

For Honor sebelum ini telah dilancarkan pada tahun 2017, dimana ia hadir dengan permainan berbentuk aksi dan mengambil latar masa sekitar zaman dahulu.

Bagi anda yang berminat, boleh menebus permainan For Honor ini secara percuma melalui Uplay hari ini.

Muat-Turun For Honor di Uplay


TIPS & ULASAN