Salah satu siri permainan bergenre JRPG yang terkenal oleh Sega, permainan Shining Resonance tampaknya akan dilancarkan secara pernambah-baikkan di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC pada tahun ini. Shining Resonance Refrain merupakan permainan yang asalnya dilancarkan di Playstation 3 secara esklusif di pasaran Jepun.

Shining Resonance Refrain edisi pernambah-baikkan ini akan dilancarkan bersama dua bahasa suara latar iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Jepun. Selain itu, Sega juga akan menyertakan kesemua DLC pernambahan yang dilancarkan sebelum ini bersama mod baru, iaitu Refrain Mode yang akan menyah-kunci watak Imperial Princess Excella dan Dragonslayer Jinas sebagai teman pemain.

Pemain akan memainkan watak Yuma, dimana beliau mempunyai kuasa roh Shining Dragon. Dengan kuasa tersebut, Yuma merupakan sasaran utama Empire dimana mereka ingin merebut dan merampas kuasa beliau. Melalui permainan ini, pemain akan mengembara di dunia tersebut disamping menghadapi penceritaan yang memfokuskan perebutan kuasa fantasi tersebut.

Menurut Sega, permainan ini akan dilancarkan secara global pada musim panas tahun ini iaitu antara bulan Jun sehingga September. Namun, bagi pasaran Jepun, permainan ini akan tiba pada 29 Mac ini. Selain itu, Sega juga mengumumkan edisi Draconic Launch yang mana ia akan menyertakan bekas besi khas permainan tersebut.

Bagi anda yang meminati siri JRPG Shining oleh Sega di konsol-konsol klasik dahulu, anda pasti tidak akan melepaskan peluang untuk bermain semula siri tersebut melalui permainan Shining Resonance Refrain yang bakal tiba pada tahun ini di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Sohor Kini