Informasi Permainan Video Terkini
Shenmue I dan II Diumumkan Untuk PlayStation 4, Xbox One Dan PC

Shenmue I dan II Diumumkan Untuk PlayStation 4, Xbox One Dan PC

Diterbitkan pada Apr 14, 2018 oleh .

Yu Suzuki ialah nama yang cukup besar di dalam dunia pembangunan permainan video di dekad 90an. Beliau bertanggungjawab ke atas kewujudan Virtua Fighter, Ferrari F355 Challenge, Out Run, Space Harriers dan banyak lagi. Tetapi magnum opus beliau ialah siri Shenmue yang bertanggungjawab mempopularkan quicktime events dan konsep open world.

Shenmue III sedang dalam pembangunan dan ramai peminat siri ini meminta SEGA untuk menghasilkan edisi remastered pada konsol semasa. Di acara SEGA Fes 2018 yang sedang berlangsung sekarang kejutan besar telah dilakukan dimana Shenmue I dan II disahkan akan ke konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC tahun ini. SEGA masih belum berkongsi tarikh sebenar pelancarannya buat masa ini.

Ini akan menjadikannya kali pertama Shenmue hadir ke platform PlayStation dan PC. Kami sendiri sudah berdekad tidak memainkan Shenmue kerana konsol Dreamcast milik kami sudah lama tidak berfungsi.

Shenmue I dan II edisi baru ini akan menyokong grafik 1080P, grafik yang dipertingkat, kawalan mod dengan pilihan kawalan klasik. pilihan dwi  bahasa dan antaramuka yang dikemaskini. Bagi mereka yang ketinggalan untuk memainkan dua permainan ini, anda boleh menikmatinya sekarang sebelum pelancaran Shenmue III.


TIPS & ULASAN