Informasi Permainan Video Terkini
Compulsion Games Berkongsi Tarikh Pelancaran Buat We Happy Few Di Persidangan Xbox
PC

Compulsion Games Berkongsi Tarikh Pelancaran Buat We Happy Few Di Persidangan Xbox

Diterbitkan pada June 11, 2018 oleh .

Sebelum ini, Compulsion Games menyatakan bahawa mereka akan melancarkan permainan We Happy Few pada April lepas yang mana ia telah pun ditunda dan kini tarikh pelancaran terbarunya telahpun diumumkan iaitu pada 10 Ogos ini.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, We Happy Few adalah permainan pengembaraan penembak pandang pertama yang meletakkan pemain di Wellington Wells, sebuah bandar dimana penduduknya mengambil dadah ‘Joy‘, iaitu pil kebahagian untuk melupakan segala memori trauma mereka.

Ketika persidangan E3, Compulsion Games mempertontonkan satu trailer baru yang mana ia memperacahkan bentuk penceritaan permainan. Pengumuman ini juga adalah sempena perolehan studio tersebut oleh Microsoft ketika persidangan yang sama.

Namun, buat masa ini Compulsion Games tidak mengumumkan sebarang perubahan berkenaan pelancarannya di konsol Playstation 4, memandangkan studio pembangun permainan tersebut kini sudah dimiliki oleh Microsoft. Tetapi jika tiada sebarang perubahan, permainan tersebut dirancang untuk tiba di konsol Xbox One, Playstation 4 dan PC pada 10 Ogos ini.


TIPS & ULASAN