Skip to main content

Bagi anda yang masih lagi teringat tentang permainan We Happy Few yang diumumkan ketika di E3 2016 yang lepas, Compulsion Games dengan kerjasama Gearbox Publishing baru sahaja mengumumkan yang mana permainan ini bakal dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada 13 April 2018.

We Happy Few adalah permainan pengembaraan penembak pandang pertama yang meletakkan pemain di Wellington Wells, sebuah bandar dimana penduduknya mengambil dadah ‘Joy‘, iaitu pil kebahagian untuk melupakan segala memori trauma mereka.

Anda akan bermain dengan tiga watak berlainan yang mengandungi penceritaan dari sudut perspektif yang berbeza. Anda bakal mengembara bandar Wellington Wells, dan juga bertemu pelbagai watak sambil menyelesaikan misteri bandar tersebut. Setiap watak yang dimainkan akan mempunyai bentuk permainan yang berbeza sama ada anda boleh menyerang terus untuk selesaikan konflik, atau mennghendap tanpa diketahui musuh dan juga menyamar sebagai penduduk untuk mengelak dari musuh.

We Happy Few akan berharga $59.99(~RM258) dan akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC pada 13 April. Anda juga boleh membuat pra-tempahan dengan diskaun sebanyak 15% serta mendapat barangan permainan khas, senjata Jolly Brolly. Buat pengguna Playstation 4 pula, anda akan menerima tema khas We Happy Few secara percuma.

We Happy Few juga bakal disertakan bersama edisi Deluxe dan edisi Collectors. Edisi tersebut bakal menyertakan pas musim yang mempunyai 3 penambahan khas apabila ia dilancarkan kelak. Edisi Collector akan berharga $149.99(~RM644) dan stok adalah sangat terhad. Edisi Collectors pula, pelanggan akan mendapat:

  • Replika topeng Bobby
  • 3 Tingkat lampu plexi “You Look Smashing
  • Jam loceng Uncle Jack
  • Vinil muzik latar We Happy Few
  • Set pelekat
  • Poster propaganda
  • Buku Nota khas permainan

Jangan lepaskan peluang anda untuk permainan psikologi We Happy Few ini. Kami di Aksiz sangat menantikan permainan ini setelah ia diumumkan tahun lepas dan tidak sabar untuk memainkannya.

Leave a Reply