Informasi Permainan Video Terkini
Fallout 76 Diumumkan Secara Rasmi – Permainan Di Atas Talian Dengan Elemen Binaan Dan Ketahanan Hidup

Fallout 76 Diumumkan Secara Rasmi – Permainan Di Atas Talian Dengan Elemen Binaan Dan Ketahanan Hidup

Diterbitkan pada June 11, 2018 oleh .

Selepas diperacahkan pada akhir bulan lepas, dan memperlihatkan trailer terbaru semasa persidangan Xbox, Bethesda melalui persidangan E3 mereka sendiri mengumumkan Fallout 76 secara rasmi.

Mereka juga akhirnya mengesahkan ura-ura yang mengatakan Fallout 76 adalah permainan di atas talian yang boleh dimainkan secara solo akan tetapi memberi pengalaman lebih baik jika bermain secara multi-pemain.

Fallout 76 akan memperlihatkan grafik yang lebih baik berbanding Fallout 4 dan akan mempunyai 6 kawasan di West Virginia. Menurut Todd Howard Fallout 76 adalah empat kali ganda lagi besar daripada Fallout 4.

Pemain secara berseorangan ataupun dengan rakan-rakan boleh membina penempatan mereka sendiri mana-mana sahaja kawasan yang terdapat di dalam permainan ini menggunakan sistem Construction and Assembly Mobile Platform (C.A.M.P). Penempatan ini membolehkan anda berteduh dan mendapat pelbagai barangan. Pemain juga boleh membuka untuk menjual.

Di dalam permainan terdapat juga beberapa simpanan bom nuklear yang pemain boleh gunakan apabila mendapat kesemua kod untuk melancarkan. Pemain yang berjaya mendapatkan kod tersebut boleh melancarkan nuklear yang akan menghancurkan sesuatu tempat tetapi akan mengeluarkan pelbagai sumber berharga.

Bethesda turut mengumumkan edisi Power Armour selain permainan akan mengandungi T-51 Power Armor Helmet dengan skala penuh bersama dengan beg West Tek. Peta yang bersinar di dalam gelap, 24 Figura, Steelbook dan juga pelbagai barangan di dalam permainan. Edisi ini berharga $199.99 (RM800)

Fallout 76 akan dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC pada 14 November 2018. Pemain yang pra-tempah akan mendapat akses kepada versi beta permainan ini.


TIPS & ULASAN