Informasi Permainan Video Terkini
Bethesda Softworks Mengumumkan Fallout 76 – Informasi Lanjut Akan Dikongsikan Ketika E3
PC

Bethesda Softworks Mengumumkan Fallout 76 – Informasi Lanjut Akan Dikongsikan Ketika E3

Diterbitkan pada Mei 31, 2018 oleh .

Lanjutan daripada acahan Bethesda Softworks berkenaan permainan Fallout, kini mereka akhirnya mengumumkan permainan terbaru buat siri Fallout, iaitu Fallout 76 yang dirancang untuk dilancarkan buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC dan dibangunkan oleh Bethesda Game Studios.

Fallout 76 akan menempatkan di Vault bernombor 76, dimana berdasarkan trailer tersebut, permainan ini mungkin akan bertempatkan di negeri West Virginia.

Namun, buat masa ini Bethesda masih lagi belum berkongsi sebarang informasi tambahan. Malah berdasarkan trailer yang dipertontonkan, keadaan Vault tersebut kelihatan agak tenang dengan sebahagian daripada kawasan tersebut seolah dalam keadaan selepas parti ataupun acara kekeluargaan.

Menariknya, menurut laporan Kotaku, permainan tersebut tampaknya akan mempunyai elemen atas-talian dan akan sertakan mod multi-pemain. Mereka juga menyatakan bahawa permainan tersebut akan memfokuskan ciri-ciri ketahanan hidup dan fungsi pembinaan pangkalan daripada Fallout 4 juga bakal kembali.

Sebarang informasi lanjut berkenaan permainan Fallout 76 akan diumumkan ketika acara sidang media khas Bethesda Softworks yang bakal berlangsung 11 Jun ini.


TIPS & ULASAN