Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Terbaru Fallout 76 Dipertontonkan – Dijanjikan Empat Kali Ganda Lagi Besar Dari Fallout 4

Trailer Terbaru Fallout 76 Dipertontonkan – Dijanjikan Empat Kali Ganda Lagi Besar Dari Fallout 4

Diterbitkan pada June 11, 2018 oleh .

Ketika acara persidangan Xbox hari ini, Todd Howard dari Bethesda Softworks berkongsi trailer terbaru buat permainan Fallout 76 yang diumumkan sebelum ini.

Menurut Todd Howard, Fallout 76 meletakkan pemain di jangka masa sebelum permainan Fallout sebelum ini di kawasan West Virginia. Beliau juga menyatakan Fallout 76 kali adalah empat kali ganda lagi besar daripada Fallout 4 yang dilancarkan oleh mereka sebelum ini.

Berdasarkan trailer yang dipertontonkan, tampaknya permainan ini memfokuskan pemain untuk membina semula dunia selepas bom diletupkan. Sebelum ini kami juga melaporkan mod pembinaan pangkalan bakal kembali, sekaligus mod tersebut mungkin bakal tiba semula buat permainan tersebut.

Buat masa ini, tak banyak yang dikongsikan oleh Bethesda dan kami percaya ketika acara persidangan Bethesda, mereka akan berkongsinya dengan lebih banyak informasi.


TIPS & ULASAN