Skip to main content

Sebelum ini, EA mengumumkan kemaskini piala dunia tiba buat permainan FIFA 18 secara percuma buat pemilik permainan FIFA18.

Kini, bagi mereka yang tidak mempunyai permainan FIFA 18, EA mengumumkan ketika acara persidangan E3 2018 mereka hari ini bahawa mereka akan melancarkan edisi percubaan bagi FIFA 18 bermula hari ini secara percuma.

Bermula hari ini sehingga 16 Jun ini, pemain berupaya untuk bermain permainan FIFA 18 secara percuma melalui edisi percubaan di Playstation 4, Xbox One dan PC. Menariknya pemain juga berupaya untuk bermain kesemua jenis mod-mod permainan yang tersedia termasuklah mod piala dunia tersebut. Sekaligus edisi percubaan ini akan memberi edisi lengkap permainan FIFA 18 buat pengguna secara percuma dalam tempoh masa terhad.

Ketika acara persidangan tersebut, EA juga mengumumkan FIFA 19 yang mana ia bakal tiba pada 28 September ini. Bagi anda yang berminat untuk memuat-turun permainan FIFA 18 tersebut, anda boleh berbuat demikian dipautan dibawah.

[download] Muat-Turun PS4 : FIFA 18 [/download] [download] Muat-Turun Xbox One : FIFA 18 [/download] [download] Muat-Turun PC(Origin) : FIFA 18 [/download]

Leave a Reply