Informasi Permainan Video Terkini
FIFA19 Bakal Tiba 28 September 2018 – Mempunyai UEFA Champions League

FIFA19 Bakal Tiba 28 September 2018 – Mempunyai UEFA Champions League

Diterbitkan pada June 10, 2018 oleh .

Pada acara persidangan EA yang berlangsun hari ini, EA mengumumkan permainan FIFA19 bakal tiba buat Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC pada 28 September ini. Menariknya juga ia akan menyertakan UEFA Champions League secara rasmi.

Seperti yang diura-urakan sebelum ini, setelah tamatnya lesen antara Konami dan UEFA, kini tampaknya lesen bagi kejohanan liga eropah tersebut kini tiba di tangan FIFA19 yang mana pasti akan membuat para pemain FIFA gembira.

Bagi anda yang meminati siri permainan bola sepak FIFA19, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkannya pada September ini.


TIPS & ULASAN