Skip to main content

FIFA 18 merupakan salah satu permainan sukan bola sepak yang popular diseluruh dunia, malah turut mempunyai sokongan e-sukan disebaliknya. Terkini, hari ini EA Sports mengumumkan yang mana para pemilik permainan FIFA 18 akan menerima kemaskini kandungan percuma 2018 FIFA World Cup Russia tidak lama lagi.

FIFA 18 World Cup

Melalui kemaskini baru ini, ia akan menyertakan 32 pasukan yang bertanding dalam World Cup, menyertakan pelbagai pemain yang turut menyertainya termasuk jersi kebangsaan, selain 12 stadium rasmi di Russia. Ia juga turut akan menyertakan beberapa kandungan menarik lain, termasuk dari segi grafik dan juga audio.

Kandungan tambahan ini akan ditawarkan secara percuma mulai 29 Mei 2018 ini untuk FIFA 18 di PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan juga PC.

Leave a Reply