Informasi Permainan Video Terkini
(Ura-ura) FIFA 19 Akan Mempunyai UEFA Champions League Secara Rasmi

(Ura-ura) FIFA 19 Akan Mempunyai UEFA Champions League Secara Rasmi

Diterbitkan pada Mei 14, 2018 oleh .

Pada bulan lepas kami melaporkan yang kerjasama antara Konami dan UEFA ditamatkan sekaligus membuatkan permainan simulasi sukan bola sepak mereka iaitu Pro Evolution Soccer 2019 tidak akan disertakan UEFA Champion League seperti siri permainan sebelum ini.

Ramai yang mengatakan ini adalah kerana FIFA terlebih dahulu melakukan kerjasama dengan UEFA dan ini mungkin disahkan apabila pengulas bola sepak berbahasa belanda yang menjadi antara pengulas di dalam FIFA 19 mengatakan permainan tersebut akan mempunyai UEFA Champion League dan lesen Eropah secara rasmi.

Ini merupakan satu berita yang baik untuk penggemar permainan FIFA, terutama ia merupakan antara perkara yang sudah lama diminta ramai. Apa pendapat anda mengenai perkara ini? Adakah ia akan memberikan FIFA lebih banyak kelebihan berbanding PES?