Informasi Permainan Video Terkini
Konami Menamatkan Kerjasama 10-Tahun Dengan UEFA
PC

Konami Menamatkan Kerjasama 10-Tahun Dengan UEFA

Diterbitkan pada Apr 19, 2018 oleh .

UEFA (Union of European Football Associations) dan Konami sebelum ini telah bekerjasama, sekaligus membolehkan para pemain memainkan liga Eropah dalam permainan Pro Evolution Soccer. Malah, penyertaan liga kejohanan UEFA sendiri memberikan kelebihan kepada permainan PES berbanding pesaing yang lain.

Konami UEFA

Kini, selepas 10 tahun, kedua-dua pihak menamatkan kerjasama berkenaan. Perkara ini mungkin akan turut membuatkan tiada lagi penyertaan Liga Kejohanan UEFA pada versi permainan PES akan datang, dan mungkin akan memperlihatkan sejumlah perubahan pada PES versi akan datang.

Pihak Konami mengatakan mereka akan terus melihat kepada beberapa kaedah alternatif dalam terus bekerjasama dengan pihak UEFA.

Penamatan kerjasama ini juga sekaligus membuka ruangan kepada EA untuk turut menambah UEFA pada permainan bola sepak mereka.