Skip to main content

Lanjutan perkongsian senarai permainan oleh Sony yang diumumkan baru-baru berkenaan jangka masa pengiraan ke E3, bagi hari keempat, Sony menyatakan bahawa mereka akan mengumumkan permainan realiti-maya terbaru buat Playstation VR. Kini, permainan tersebut telahpun diumumkan iaitu Ghost Giant.

Permainan tersebut dibangunkan oleh Zoink! iaitu mereka terkenal dengan permainan Fe, iaitu permainan yang dilancarkan pada awal tahun ini.

Kini, Zoink! tampaknya kembali dengan permainan baru iaitu permainan realiti-maya yang menampakan pemain akan bermain sebagai seorang gergasi hantu yang akan menolong seekor kucing yang bernama Louis di dalam aktiviti harian beliau. Pemain juga bukan sahaja membantu Louis, malah menemani dan menjadi rakan kepada beliau dan membantu segala cabaran yang Louis akan hadapi.

Tidak banyak yang dikongsikan melalui pengumuman tersebut dan sama ada ia adalah esklusif di Playstation VR ataupun tidak. Walaubagaimana pun, kami di Aksiz agak berminat untuk bermain permainan tersebut kerana ia mengingatkan kami dengan permainan Moss juga sebelum ini dilancarkan di Playstation VR.

Seperti biasa, kami akan berkongsinya setelah ianya diumumkan kelak oleh Sony.

Leave a Reply