Skip to main content

Persidangan Sony untuk E3 akan bermula pada 12 Jun 2018 dan akan memfokuskan empat permainan akan datang iaitu Death Stranding, Spider-Man, The Last Of Us Part II dan Ghost Of Tsushima. Jika anda ingin mengetahui jadual penuh untuk persidangan E3 boleh melawati pautan ini.

Minggu ini Sony mengumumkan sebelum tarikh tersebut mereka akan membuat pengumuman permainan baru setiap hari bermula 6 Jun. Berikut adalah pengumuman yang dijadualkan.

  • Permainan baru PS4 yang menyokong PSVR – 6 Jun 2018 / 11 malam
  • Tarikh pengeluaran permainan terbaru dari SIE – 7 Jun 2018 / 11 malam
  • Permainan terbaru untuk PS4 – 8 Jun 2018 / 11 malam
  • Permainan terbaru untuk PSVR – 9 Jun 2018 – 11 malam
  • Permainan yang dinantikan untuk PSVR – 10 Jun 2018 – 11 Malam

Berdasarkan jadual tersebut boleh dikatakan merekan akan mengumumkan sekurang-kurangnya 3 permainan baru. Bolehkah anda meneka permainan apa yang akan diumumkan nanti?

Leave a Reply