Fe, iaitu permainan yang dibangunkan oleh Zoink! kini tiba di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC. Fe merupakan antara permainan yang dilancarkan didalam EA Originals iaitu insentif dari EA untuk membantu pembangun permainan indie.
Bersempena dengan pelancaran permainan tersebut juga, Zoink! dan EA melancarkan trailer khas yang mempertontonkan sebilangan bentuk permainan tersebut.
Fe adalah permainan aksi pengembaraan yang mana pemain akan mengawal seekor makhluk seakan musang dan mengembara di dalam dunia permainan tersebut. Pemain juga berupaya untuk berinteraksi bersama tumbuh-tumbuhan dan alam flora fauna yang terdapat di dalam permainan tersebut.
Bagi anda yang berminat untuk bermain permainan tersebut, anda boleh membelinya bermula dengan harga RM79 (Playstation 4) di laman rasmi kedai permainan dibawah.
[info] Beli : Fe (Playstation 4) [/info] [info] Beli : Fe (Xbox One) [/info] [info] Beli : Fe (Switch) [/info] [info] Beli : Fe (PC/Origin) [/info]