Informasi Permainan Video Terkini
Hitman 2 Bakal Tiba Pada 13 November 2018 Untuk Playstation 4, Xbox One Dan PC
PC

Hitman 2 Bakal Tiba Pada 13 November 2018 Untuk Playstation 4, Xbox One Dan PC

Diterbitkan pada June 8, 2018 oleh .

Selepas tertiris sebelum ini, akhirnya Warner Bros dan IO Interactive hari ini mengumumkan Hitman 2 secara rasmi. Permainan ini akan dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC pada 13 November 2018.

Melalui Hitman 2 pemain akan mendapat dunia dan persekitaran yang baru untuk dijelajah dan juga menyelesaikan misi mengikut cara pemain sendiri.

Melalui Hitaman 2, mereka tidak lagi menggunakan sistem episod seperti Hitman yang dikeluarkan pada tahun 2016. Selain itu Hitman 2 juga mempunyai mod Sniper Assasin yang membawa pengalaman koperasi pertama kali untuk siri permainan Hitman. Pemain yang pra-tempah Hitaman 2 akan mendapat akses awal untuk mod ini bermula hari ini.

Terdapat tiga edisi untuk Hitman 2 yang pemain boleh pilih iaitu edisi biasa yang hanya mempunyai permainan sahaja bernilai RM199 (Steam), manakala edisi Silver akan mempunyai penambahan Executive Pack yang mengandungi peralatan di dalam permainan dan juga Expansion 1 iaitu DLC yang akan dikeluarkan menambah lokasi, misi, dan barangan di dalam permainan yang baru. Edisi ini berharga RM279 (Steam).

Manakala edisi Gold akan mempunyai kesemua yang terdapat di dalam edisi Silver dengan penambahan Expansion 2 dan mendapat 4 hari akses awal untuk permainan penuh Hitman 2. Edisi ini berharga RM350 (Steam).

Ini merupakan permainan baru pertama yang dikeluarkan hasil kerjasama antara IO Interactive dengan Warner Bros untuk siri permainan Hitman selepas dilepaskan oleh Square Enix pada Mei tahun lepas.

Pra-Tempah: Hitman 2 (Steam)


TIPS & ULASAN